Monday 28 November 2011

Tazkirah Muharam

HIDUP SIHAT MENERUSI SOLAT

1. Diseksa Kerana Tabiat Kotor
  Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke kawasan perkuburan, lalu mematahkan pelepahan korma dan mencacakkannya di atas dua kubur. Peristiwa itu dilihat oleh beberapa orang sahabat.
  Ketika ditanya, Rasulullah SAW memberitahu, dua kubur tersebut serdang diseksa. Seorang diseksa kerana suka memfitnah, dan seorang lagi kerana ketika kencing tidak melakukan istibra’(berdehem-dehem) menyebabkan istinjaknya tidak sempurna” jelas Nabi Muhammad SAW.
  Jelasnya walaupun orang itu beristinja, tetapi setelah memakai pakaian, masih ada baki air kencing yang menitis mengenai pakaianya. Orang itupun membawa kesana ke mari.
  “ Saya cacakkan pelapah korma di dua kubur tersebut, semoga ia memohon keampunan kepada mereka berdua, iaitu selagi daun itu masih basah,” Jelas Rasulullah SAW.

2. Orang Yang Muflis
  Abu Hurairah  R.A menceritakan, bahawa Rasulullah SAW bertanya, “ Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Para sahabat menjawab “ Orang muflis di kalangan kami ialah mereka yang tidak punya dirham dan tidak punya mata benda.”
  Sabda Rasulullah SAW, ``Orang muflis daripada umatku ialah mereka yang datang pada hari kiamat dengan solat, puasa dan zakat, tetapi mereka (semasa hidup di dunia) mencaci si fulan dan menuduh si fulan, makan harta si anu dan menumpahkan darah si anu serta memukul si fulan. Maka diberikan kepada si fulan dengan pahala kebaikannya. Sedang belum terbayar tuntutan orang-orang yang pernah dianiyai.... Lalu mereka pun dilemparkan ke dalam neraka..” (Riwayat Muslim)

3. Bersih Dari Fitrah
Setiap insan mengikut fitrah atau sifat semulajadinya suka dirinya sentiasa
Bersih daripada kekotoran yang tidak menyelesakan, umpamanya janggut dan misai terurus dengan kemas tidak serabut hingga kelihatan hodoh mulut bersih tidak berbau dengan barisan gig putih melepak, kuku kaki dan tangan pendek dan bersih tidak panjang bagaikan kuku haiwan dan sebagainya.
  Dalam kontek ini terdapat beberapa hadis antaranya daripada Abu Hurairah R.A ujarnya, telah bersabda Rasulullah SAW maksudnya; ``Lima perkara sebagai fitnah, iaitu mencukur bulu ari-ari, berkhitan, mencukur misai, mencabut bulu ketiak dan memotong kuku.” ( Riwayat al- Jamaah).
  Aisyah pula mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda, `` Ada sepuluh jenis fitrah manusia, iaitu menggunting misai,memelihara janggut, bersiwak (bersugi), menyedut air kehidung(ketika berwudhuk), memotong kuku, membersihkan buku-buku jari, mencabut bulu ketiak, mencabut bulu ari-ari dan beristinjak(bercibuk). `` Zakaria Bin Abu Zaid (perawi hadith) pula mengatakan; ``Saya lupa yang kesepuluh, tetapi dalam ingatan saya ialah berkumur-kumur.”

WASIAT RASULULLAH SAW KEPADA WANITA SOLEHAH
Dunia adalah tempatnya kenikmatan dan seindah-indah kenikmatan (kesenangan) adalah wanita solehah, demikian hadith Nabi Riwayat Muslim :

  Sabda Rsulullah SAW :
     "Tidaklah yang menghormati wanita kecuali orang yang mulia. dan tidaklah yang menghinakan wanita kecuali orang yang hina pula".
( HR. Ibn. Asakar)
      "Wanita itu tiang negara, bila dia (wanita) baik, maka baiklah negara itu, tetapi bila dia rosak maka rosak pulalah negara itu".
( Kata Hikmah)



1.Taat Kepada Suami

Diantara tanda-tanda diri wanita solehah itu ialah taat kepada suaminya.Taat kepada suami merupakan tempat kedua setelah taat atau patuh kepada perintah dan larangan Allah. Bahkan ketaatannya kepada Allah diukur sejauhmana dia dapat menyelesaikan kewajipannya terhadap suami.
 Rasulullah SAW bersabda :
 ``sesungguhnya seorang isteri belum dapat dikatakan ia menunaikan kewajipannya terhadapsuaminya seluruhnya. Dan jika suaminya memerlukannya, sedangkan pada waktu itu dia sedang berada di atas kenderaan, maka tidak boleh dia menolaknya.
 Dalam sebuah riwayat diterangkan, ; sesungguhnya telah terjadi dizaman Rasulullah SAW seorang suami pergi berperang meninggalkan isterinya. Ketika hendak meninggalkan rumah dia berpesan kepada isterinya.
   ``Janganlah kamu meninggalkan rumah sehingga aku pulang dari berperang .”
 Pada waktu si suami tidak ada dirumah, ibu siisteri sakit. Maka si isteri tersebut mengutus seseorang kepada Rasulullah SAW untuk meminta izin melihat ibunya.
 Jawab Rasulullah,
 Tunggulah suamimu pulang, janganlah keluar rumah.”
 Akhirnya orang tua si isteri meninggal dunia. Lalu si isteri itu mengutuskan lagi seseorang kepada Rasulullah SAW untuk meminta izin melihatnya ibunya. Lalu Rasulullah SAW menjawab.
 "Tunggulah hingga suamimu pulang,”
Setelah Rasulullah SAW mengutuskan seseorang kepada si isteri tersebut untuk memberikan berita bahawa Allah telah mengampuni dosa orang tuanya (ibu) disebabkan ketaatanya kepada suaminya. Jadi seorang wanita yang solehah itu ialah wanita yang telah sanggup meletakkan sesuatu pada tempat yang benar. Ertinya, jika ia sudah bersuami, maka yang paling berhak terhadap dirinya adalah suaminya, melebihi diri bapa dan ibu serta keluarganya yang lain.


2. Selalu Berkata Benar

 Dalam kehidupan seseorang, kebenaran perkataan dan perbuatannya itu menentukan nasib dan nilai kebahagiaanya sendiri secara baik. Sebaliknya, orang yang suka berdusta baik perkataan atau perbuatannya akan menentukan pula keburukan nasib kehidupan yang akan dideritainya. Seorang yang selalu berkata dan berbuat benar, akan selalu dihormati dan dipercayai orang, sehingga apa sahaja dilakukanya pasti akan mendapat kepercayaan dan sokongan dari masyarakat.
 Sebaliknya seseorang yang pendusta, baik dengan perkataan mahupun mahupun dengan perbuatan akan dihina dan tidak dipercayai orang, segala usaha dan pekerjaannya tidak akan maju, bahkan akhirnya ia akan diketepikan dari pergaulan masyarakat. Oleh kerana itu wahai kaum wanita, bertaqwalah dan berbuatlah benar.
 Rasulullah SAW bersabda :
``Kamu harus berkata benar dan berbuat benar, sebab benar itu membawa kebaikan, sedangkan membawa ke syurga. Sesorang tidak henti-hentinya berkata dan berbuat benar dan memcari kebenaran. Sehingga dia ditulis di sisi Allah sebagai Siddiq (tukang benar). Dan kamu jangan berkata dan berbuat dusta, sebab dusta itu membawa kepada kajahatan, sedangkan kejahatan membawa ke neraka. Seseorang tidak henti-hentinya berkata dan berbuat dusta dan mencari kedustaan, sehingga disisi Allah sebagai Kazzab (tukang pendusta).”
(HR. Bukhari)
 Sabda Rasulullah SAW :
``seorang hamba tidak beriman seluruhnya, kecuali jika dia tidak suka berdusta dalam bergurau, tidak pula mengejek, walaupun yang diejeknya itu benar.”
         (HR.Ahmad)

3. Kemurahan Rezeki
 Allah berfirman dalam hadith Qudsi kepadad para malaikat yang membahagi-bahagikan rezeki:
``Hamba manapun yang kamu jumpai, yang cita-citanya hanya satu (iaitu semata-mata untuk akhirat), berilah jaminan rezekinya baik dari langit mahupun dari bumi. Dan hamba manapun yang kamu jumpai mencari rezekinya dengan jujur kerana berhati-hati mencari keadilan, berilah dia rezeki yang baik dan mudahkanlah baginya. Dan jika ia telah melampau batas kepada selain itu, biarkanlah dia sendiri mengusahakan apa yang dikehendakinya. Kemudian dia tidak akan mencapai lebih dari apa yang telah Aku tetapkan untuknya.”
        (HR. Abu Naim)
 Firman Allah melalui hadis Qudsi diatas, adalah lagi Maha Penyayang bagi hamba-Nya yang berusaha secara ikhlas. Allah SAW menyiapkan rezeki yang halal serta baik. Allah SWT menyiapkan rezeki yang halal serta baik dan membantu dalam usahanya, sehingga rezekinya datang dengan cara yang mudah tanpa melalui kesusahan dala mencarinya,sebab ternyata hamba-Nya itu telah menyahut seruan Tuhanya yang menganjurkan untuk berusaha, beramal dan bekerja.
 Sedangkan bagi hamba-hamba yang melampaui batas menumpukan sepenuh perhatiannya kepada dunia belaka, hingga cita-citanya pun hanya satu iaitu menghimpun kekayaan, sedangkan untuk kekal hidup nanti setelah mati tidak dihiraukannya, maka Allah akan biarkan ia mengurus dirinya sendiri. Mereka tidak peroleh hasil yang lebih, dari apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
 Dari itu wahai kaum wanita, berusahalah dengan ikhlas serta mengharapkan keredhaan-Nya dalam mencari rezeki, nescaya Allah akan memberkati rezeki itu dan kadangkala memberikan rezeki itu kepadamu tanpa disangka-sangka.

4. Jangan Bercampur Dengan Kaum Lelaki

Dari Jabir r.a dia berkata, ``Rasulullah SAW bersabda: ``ketahuilah, jangan sekali-kali seorang lelaki bersama wanita yang sudah berkahwin (janda) kecuali jika dia hendak menikahinya atau dia itu muhrimnya.”
       (HR.Muslim)

 Wahai kaum wanita! Wasiat nabi ini sangatlah agung nilainya dan tinggi kedudukannya. Wasiat ini menerangkan secara jelas bahawa tidak boleh ada lelaki tinggal dirumah seorang wanita kecuali suami atau muhrimnya. Hadis Nabi ini telah memastikan bahawa bagi lelaki yang bercampur dengan wanita.
 Kerabat suami adalah selain ayah dan anak-anaknya. Kerana ayah dan anak-anaknya sudah termasuk isteri, sehingga keduanya boleh berkumpul dengan isteri dan tidak disifati dengan kematian seperti dalam hadis di atas.
 Yang bermaksud dengan kerabat suami adalah saudara kandung suami (ipar), anak saudarnya,bapa saudaranya serta lain-lainnya yang sama sekali tidak boleh bercampur dengan isteri. Sedangkan maksud dari kata-kata kematian dari hadis di atas ialah bimbang kalau-kalau akan menimbulkan mala petaka yang lebih besar.
 Makna yang tersirat didalam wasiat Rasulullah SAW ini sangat mendalam, apa lagi penjelasan beliau tentang wanita yang pernah berkahwin (janda). Sebab biasanya orang-orang suka memandang rendah terhadap janda-janda, dan dengan mudah menemuinya.
 Rasulullah tidak mengatakan wanita yang masih gadis, kerana ia selalu terjaga, diawasi dan benar-benar dijauhkan dari kaum lelaki dalam pergaulan, sehingga Rasulullah tidak perlu menyambutnya. Jika janda mendapat larangan seperti ini, maka larangan tersebut jauh lebih diberatkan kepada gadis.
 Dalam wasiat Nabi ini terkandung pengharaman berkhalawat dengan wanita bukan muhrim dan terkandung peringatan supaya tidak bercampur. Didalamnya  juga terkandung penjelasan dibolehkan bercampur dengan wanita muhrim baik yang masih gadis ataupun janda. Sedangkan yang  bermaksud muhrim di sini adalah setiap lelaki yang diharamkan untuk menikahi seorang wanita.
 Wahai saudaraku kaum muslimah! Masyarakat islam adalah suatu masyarakat yang mempunyai perbezaan dalam segala perkara dari masyarakat-masyarakat lainnya, baik dalam segi aqidah, prinsip, tingkah laku individu-individunya, mahupun tugasnya di atas dunia.
 Wahai muslimah menghadap kepada Allah dengan segala amalnya, mencari redha-Nya dan berpedoman kepada kitab-Nya. Keadaan ini berbeza dengan wanita lain yang berjalan dimuka bumi hanya untuk memenuhi nafsunya. Maka kita perlu untuk membincangkan satu perkara besar yang harus diwaspadai oleh wanita muslimah, iaitu masalah bercampurnya kaum lelaki dan kaum wanita.


5. Pemalu Dan Menyembunyikan Rahsia                    
 Wahai muslimah! Sebahagian dari akhlak seorang islam yang sejati itu ialah pemalu dan menyimpan segala rasia dan cacat cela saudaranya. Tidak suka menyebarkan berita-berita buruk, fitnah atau tuduhan palsu yang bukan-bukan di dalam kehidupan bermasyarakat. Seorang wanita muslimah sentiasa mengamalkan petunjuk-petunjuk Al-Quran dan sunnah yang suci mengancam setiap manusia yang suka menyebarkan berita-berita palsu dan memburukkan saudara-saudaranya. Ancaman itu adalah berupa keazaban dunia dan akhirat.
Sesungguhnya orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar dikalangan orang-orang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan akhirat.
(An-Nur: 19)
 Dari itu, wahai Muslimah, janganlah melepaskan lidahmu dalam menyebasrkan berita-berita jahat dan tuduhan-tuduhan palsu didalam masyarakat Islam, kerana dosanya sangat besar di sisi Allah. Ali bin Abi Thalib ra pernah berkata:
``Yang membuat kejahatan dan orang yang menyebarkan beritanya, sama banyak dosanya.”
(Riwayat Bukhari)
 Seorang muslimah yang hidup di dalam masyarakat Islam, adalah penutup berita jahat dan tuduhan palsu. Dia pemalu dan tidak tergamak untuk berbuat dosa dan noda.Dia mempunyai akhlak yang mulia yang diperolehinya dari didikan Islam yang menghalanginya daripada melibatkan diri dari menggugat  dan melukai kehormatan manusia. Dia memelihara lidahnya dari orang lain atau dia melihatnya sendiri. Semuanya itu ditutupnya rapat-rapat kerana mengamalkan Hadis Rasulullah SAW:
``Tiap-tiap umatku dimaafkan kecuali yang berterang-terangan. Yang dimaksudkan dengan berterang-terangan adalah seorang lelaki yang berbuat dosa pada waktu malam, padahal pada waktu pagi Allah telah menutup segala rahsianya, lalu: ``Hai sesungguhnya aku telah berbuat begini dan begitu,” padahal rahsia dia semalam telah di tutup oleh Allah SWT dan dia sendiri mendedahkan rasia Allah SWT.”
(Muttafaq alaihi)
 Sabdanya lagi:
`` Tidak menutup hamba akan seorang hamba di dunia melainkan Allah SWT menutup di akhirat (menutup rahsianya, menutup cacat celanya).
 (HR Muslim)

No comments:

Post a Comment